Monday, 21 November 2011

Resepi Apam Polkadot

Wokeyh~! arini nak share resepi lak....sebenarnye sajer jer nak try buat, at last alhamdulillah menjadi...So, saya sharekan resepinya utk korang lak...mane la tau nak try gak...hehe

 Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna
Cara-cara :
  1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak
 :: SELAMAT MENCUBA ::



Thursday, 17 November 2011

Am i boy or gurl?

Lame dah tak update blog, sejak 2 menjak bjinak² dlm bidang bisnes nih...Baru arini dpt update balik...Arini genap 31weeks, 2days baby dlm perot....haiiii....tak sabar nyer nak tgk baby ni keluar....hehe...jeng! jeng! jeng! ramai yg btanya baby nih boy or gurl....ekekeke....biar lah rahsia erk! last scan jumaat lepas...Alhamdulillah, perkembangan baby smakin baik....semakin mbesar dan smakin sihat....Apa² pun bg yg nak tau baby ni boy or gurl kene tggu dia lahir bln 1 2012 nanti erk...hehehe....



Saturday, 29 October 2011

Trace Mineral Water

TM-1 adalah natrium rendah dan seimbang mineral suplemen kesihatan. Mineral dan mineral yang dikesan adalah pemangkin bagi semua vitamin dan lain-lain nutrien badan anda menggunakan untuk membangunkan dan mengekalkan kesihatan yang baik. TM-1 menangkap keseimbangan sempurna dari orang-orang mineral. Menggunakan TM-1 setiap hari (bergaul dengan jus, makanan atau remineralise suci air) akan membantu menjalankan dan menjanakan seluruh sistem elektrik dalam badan anda.
  
Mengapa TM-1 bermanfaat? Datang dari Great Salt Lake, TM-1 mengandungi mineral dalam nisbah yang seimbang untuk memenuhi keperluan badan. Satu proses semulajadi, iaitu penyejatan solar, digunakan untuk menghapuskan natrium.

Testimonial : 1
Piqah pun amalkan set TM ni semasa pregnant dan dalam pantang baru2 ni... memang power...
ni piqah kongsikan cara pengambilan TM yang piqah amalkan.

1-3 bulan pertama, amalkan TM-1 30 titis sehari kalau tidak boleh ambil dengan air kosong, campurkan dalam jus atau air panas, boleh memberikan kita tenaga dan mengurangkan pening2 dan mual.

4-7 bulan ambil tm-1 bersama dengan TM-2 4 biji sehari. Masa ni kita perlukan lebih banyak tenaga dan juga mineral utk perkembangan baby yang sihat.

8 bulan ke atas, amalkan TM-1 dan TM-4 4 biji sehari. Ini utk menguatkan otot2 kita dan jangan lupa banyakkan berjalan pada masa ni insyaallah mudah bersalin.
Masa kita dah nak bersalin, minum 30 titis tm bersama setengah gelas air @ jus, insyaallah dalam 15-30 minit dah bersalin.

Alhamdulillah dengan amalam pengambilan TM di atas saya amat mudah bersalin sakit 30minit je dah bersalin dan tiada jahitan langsung. Baby pun kulit bersih, kulit kepala bersih dan tak kena jaundice (demam kuning).

Masa dalam pantang pun saya amalkan set TM dan langsung tak demam sepanjang tempoh berpantang. Hebatnya TM!!

Bagi Baby minum TM, sekarang baby piqah 1 bulan setengah dah kuat leher dia bila piqah berdirikan.... 





Thursday, 27 October 2011

Berapa Ramai Lelaki Yg Boleh Menjadi Imam?

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!”
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan
sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
“Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
“Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
“Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Petua Menghilang Jerawat

Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

Wednesday, 26 October 2011

Menjauhi Rasa Marah & Cemburu

Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:

1) Jangan sesekali memungkiri janji.

2) Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.

3) Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.

4) Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.

5) Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.

6) Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.

Doa pendekat Jodoh

~✿..Apabila kamu PERCAYA pada hidup dan mati, KENAPA tidak pada JODOH yang tidak kunjung tiba lagi? dan ingatlah..segalanya adalah KETENTUAN Ilahi..✿~

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA!!!

Asas 5 jari

Jari telunjuk : ...usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang.

MORAL: JAGA
~LAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA

RESCARE CREAM BB

Keunikan RESCARE CREAM BB

· Menutup noda di wajah (bintik-bintik, pigmentasi, bintik-bintik putih, warna kulit tidak merata, jerawat, bekas luka, lingkaran hitam di sekitar mata) tanpa clogging pori-pori atau merosakkan kulit.
· 'Alam terlihat' pada wajah.
· Sebagai cum concealer yayasan (make-up asas menjadi lebih mudah dan lebih cepat).
· Kulit perlakuan (melembabkan dan melembutkan kulit).
· Meningkatkan regenerasi kulit baru.
· perlindungan UV menghasilkan kulit yang sihat (SPF 45 +++).
· Memperlambat penuaan (penangguhan keriput).
· Kulit keringanan.
· Untuk kulit Asia.
· Light tekstur yang sesuai untuk cuaca tropika panas.

APLIKASI SETELAH BB CREAM: merangkumi jerawat, membuka pori-pori, bekas luka, garis-garis halus, lingkaran hitam di sekitar, bintik-bintik, warna kulit tidak merata mata tanpa menyumbat pori-pori, namun meningkatkan keadaan kulit.

TERUS MENERUS SETELAH PENGGUNA UNTUK 1 BULAN : anda akan menemui kulit anda lebih baik dari sebelumnya - lebih halus, lebih lembut dan lebih halus.

Royal Vita-C

ROYAL VITA-C (60 tablets)

Anti-oksidan untuk kesihatan yang lebih baik.
Nikmati kesihatan
Royal Vita-C mengandungi Asid askorbat dan Royal Jelly, digabungkan dengan menggunakan teknologi makanan moden. Menawarkan manfaat ganda dari kedua-dua bahan untuk mempromosikan kesihatan yang baik. Untuk tulang sihat, gigi, gusi serta umum make-up tubuh. Juga membantu dalam penyembuhan luka. Royal Vita-C melayani suplemen makanan sehari-hari. Baik untuk pertumbuhan anak-anak.

Manfaat Vitamin C:
· Membantu dalam pembentukan tulang rawan, tulang dan gigi yang kuat.
· Membantu dalam pembentukan rangkaian korektif.
· Memperkuat dinding kapilari.
· Untuk kulit sihat dan otot.
· Meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
· Mencegah kudis.
· Membantu tubuh menyerap zat besi.
· Membantu mengurangkan kolesterol darah.

Manfaat Royal Jelly:
· Meningkatkan tenaga.
· Mengurangkan kecemasan, sukar tidur, gangguan emosional dan kehilangan ingatan.
· Merangsang kelenjar dan meremajakan manusia dan sistem pembiakan wanita.
· Meningkatkan keadaan kulit.
· Kelewatan proses penuaan.

Sabun Lulur Sari Herba (Revell Produk)

 SABUN LULUR SARI HERBA ( 100g)
pengelupasan scrub herba untuk kulit yang jelas dan lebih ringan...
- Dirumus khas daripada sumber herba semulajadi tanpa pewarna tiruan atau bahan kimia.
- Digunakan setiap hari untuk menggalakkan pengelupasan untuk kulit yang jelas dan lebih ringan.

So far, aku mmg pakai sabun ni dh 2 tahun semenjak keadaan muka aku yg bjerawat sebelum aku kawin...Memamg berkesan untuk mengeringkan jerawat dan menghilangkan parut² yg degil...so, skrg aku promote lak sabun nih kt korang...Boleh di guna kat muka or d badan bagi sesiapa yg mempunyai masalah bjerawat dekat badan... Sabun nih di adun dgn campuran beras pulut...selepas pakai, mmg muka akan rasa licin dan kita dpt merasai sendiri muka kita tidak bminyak seperti selalu...

10 Sifat Calon Suami Yang Baik



Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Tuesday, 25 October 2011

Untukmu Suami Ku!!


Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.

Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.


Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru, kamu akan tersentak daripada alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukanlah Saidina Ali R.A.
Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.

Amin...

Tips Menangani Anak

Nak share serba sedikit tips nih, utk kita smua...Untuk yg dah ada anak, bkl ada anak dan yg blm ada anak nanti² dh kawin akan ada anak gak...mesti tips nih bguna utk d jadikan rujukan... =)
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak 

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk) 

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran) 

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. 

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka. 

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. 

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. 

"anak- anak ibarat kain pUtih. iBu bApa laH yanG mencoRakkanNya menjaDi yAhudI, nAsRani atAu mAjusI"

Segmen Tutorial


Ok good! Sekarang nih, dah boleh buat tutorial blogger utk bantu mana² readers...Cuma slow sikit ler sbb baru² nak ingat pa yg dah lama saya tinggalkan...apa² pun, apa yg saya ingat boleh saya sharekan nanti erk utk kawan²...Org ckp sharing is caring...ekekeke...jadi rasa nya tak rugi kalau kita kongsi² ilmu yg kita ada....tggu yer kemunculan segmen tutorial blog dari saya ok!

Monday, 24 October 2011

Sayang Mak!



Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak 
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak 
 

Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak 
 
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak 
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya...mak
Bila nakal, yang memarahi aku...mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma...mak 
 
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah..mak
Bila takut, yang tenangkan aku...mak 
Bila nak peluk, yang aku suka peluk...mak 
 
Aku selalu teringatkan ...mak
Bila sedih, aku mesti talipon...mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak 
 
Bila takut, aku selalu panggil.."mmaaakk! " 
 
Bila sakit, orang paling risau adalah...mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga...mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu...mak
Bila ada masalah, yang paling risau...mak


Yang masih peluk dan cium
aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku...mak 
 
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk...mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku...mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku... mak 
Yang selalu nasihat aku..mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk...mak



Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari...pasanganku   
Bila sedih, aku cari...mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak


Bila bahagia, aku peluk erat..pasanganku 
Bila berduka, aku peluk erat...emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah...mak

Bila sambut valentine..
Aku bagi hadiah pada pasanganku 

 
Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”



Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku 

Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renung²kan lah....

"Qasehabady" hnya tinggal kenangan....

Huh! selongkar punya selongkar, akhirnya jumpa gak ngn blog aku masa dulu²...punya la sedih tengok web tu...huyooo! lepas nih aku nak aktif berblogger lagi lah...nak kembalikan zaman kegemilangan masa bbloger mcm dulu²....ahaks...tp skrg nih kene tukar nama lak, tak dpt nak pakai nama qaseh abady lagi, apa² pun org nya tetap sama wpun nama nyer dah btukar ckit....ekekeke....

Friday, 21 October 2011

Mukkadimah

Muahahaha...aher nya menjadi juga aku punyer blog nih...Seharian aku cuba design, macam²  web template dah aku terjah sampai naik pening kepala aku...Lama dah aku tak berblogger nih, tu ler pasal byk yg dah aku luper...Nih kene belajar & kene rajin search tutorial balik...Bila blog aku nih dah ok sikit, baru aku perkenalkan kat kawan² yg minat memasak k...ahaks~